Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang calon PN di PRK Nenggiri

Bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang calon PN di PRK Nenggiri

MOHD. Rizwandi Ismail (tengah) diumum sebagai calon Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Kecil Nenggiri pada majlis di Masjid Hijau Renok, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Perikatan Nasional (PN) mengumumkan bekas Timbalan Ketua Pemuda Pas Gua Musang, Mohd. Rizwandi Ismail sebagai calon mewakili gabungan itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, 17 Ogos ini.

Perkara tersebut diumumkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud pada majlis yang berlangsung di Masjid Hijau Renok di sini.

Ia sekali gus menamatkan desas-desus siapa yang mewakili PN pada PRK itu nanti.

Sebelum ini, bekas Ketua Pemuda UMNO Gua Musang Sheikh Razali Hamad yang menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) disebut-sebut sebagai calon PN.

Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah pada 13 Jun lalu mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Ia selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada Bersatu mengenai pengguguran keahlian Mohd. Azizi Abu Naim

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudian menetapkan pengundian PRK DUN Nenggiri pada 17 Ogos ini manakala tarikh penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 3 dan 13 Ogos ini.

Pada PRK lalu, calon PN dari Bersatu Mohd. Azizi Abu Naim menang dengan majoriti 810 undi menewaskan calon BN, Ab. Aziz Yusoff.

Sebelum ini, BN menamakan Ketua Pemuda UMNO Kelantan Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani sebagai calon bagi mewakili parti itu pada PRK kali ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN