PETALING JAYA: Bayi perempuan berusia setahun empat bulan melecur di belakang badan selepas terkena seterika di kediamannya di Ara Damansara di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintenden M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang bermain dengan sepupunya berusia setahun. Menurutnya, sepupunya mengusik mangsa sehingga menangis dan ketika itu kakak sepupunya berusia 11 tahun sedang menggosok baju menggunakan seterika jenis wap air. “Kakak sepupunya kemudian memujuk mangsa…