PETALING JAYA: Sebanyak 13,213 pek daging korban diagihkan oleh Bank Rakyat di 13 lokasi di seluruh negara menerusi program Cahaya Aidiladha. Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, agihan daging itu daripada 181 ekor lembu melibatkan 1,267 bahagian lembu serta 214 ekor kambing dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.25 juta yang disumbangkan oleh pelanggannya melalui Akaun Simpanan-I Tabung Qurban dan Surau Al Barakah. Menurut beliau, akaun simpanan…