Yang anda lihat adalah hasil didikan Mak Salmah - Siti Nurhaliza

Apa yang anda lihat adalah hasil didikan Mak Salmah – Siti Nurhaliza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza memaklumkan amat mengidolakan keperibadian ibunya, Siti Salmah Bachik yang cukup mementingkan adab serta kedepan dalam menyatuni orang.

Kata Siti, karakter dan keperibadiannya yang dilihat masyarakat, sejak dulu sampai ke hari ini adalah hasil didikan dan ajaran ibunya yang sejak dulu sering menasihatkan anak-anak agar menjaga maruah dan nama baik keluarga.

“Anak kita akan tengok apa yang kita buat, cara kita dengan orang, macam mana kita berbahasa, adab dan sebagainya.

“Itu yang Mak Iti lihat pada mak, Mak Iti. Mak Salmah itu, dia punya keperibadian itu, Mak Iti idolakan.

“Macam mana dia jaga ibu bapa, suami, orang ramai. Dengan orang ramak, masya-Allah. Tapi dengan Mak Iti, dia garang sebab Mak Iti punya kerjaya itu lebih mencabar dan perlu menjaga dia punya maruah,” katanya.

Siti berkata demikian ketika menjadi tetamu program podcast, Apa Cerita kelolaan Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin.

Dalam wawancara yang sama, Siti juga memaklumkan amat mengagumi sikap ibunya yang tidak pernah jemu menyantuni masyarakat.

Katanya, itu juga menjadi salah satu sikap yang dicontohi dan diamalkan penyanyi tersebut lebih-lebih dalam menyantuni peminat dan masyarakat.

“Dia sangat mahu menyenangkan hati orang. Dulu, bukan sahaja kenduri, malah Hari Raya Aidilfitri, peminat datang sampai 3,000 orang satu masa.

“Saya katakan pada mak, sudah tak larat, nak menyorok di dapur. Masa itu rumah kecil sahaja, jenis teres. Rumah pun padat. Saya nak rehat sekejap sahaja, sebab kitalah juga yang angkat talam, layan tetamu.

“Tapi Mak Salmah jugalah yang pujuk supaya saya tetap layan tetamu yang datang. Apa yang anda lihat (keperibadian) adalah Mak Salmah punya didikan,” kongsinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN