Ambil tindakan kalau sampai timbul fitnah - Nadia Brian beri amaran kepada pembuli siber - Utusan Malaysia

Ambil tindakan kalau sampai timbul fitnah – Nadia Brian beri amaran kepada pembuli siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Nadia Brian, 33, menasihatkan mangsa buli siber agar tidak terus membiarkan emosi dan kehidupan mereka terjejas ekoran kecaman serta kejian di media sosial.

Nadia, yang sejak dulu sering dibuli di media sosial, berkata, mangsa perlu mencari jalan untuk lindungi hati dan perasaan agar mereka terjaga daripada perkara-perkara tidak diingini.

“Saya juga adalah mangsa (buli siber). Paling teruk selepas saya bercerai dulu, sampaikan ada yang melabel saya sebagai ahli neraka. Saya tidak kenal pun siapa pelakunya.

“Dunia siber luas, tak guna kita lawan mereka yang membuli di platform ini. Yang boleh kita lakukan adalah rawat hati dan perasaan sendiri, elak baca komen di media sosial. Sentiasa positifkan diri.

“Kepada pelaku, hentikan. Anda tidak akan dapat apa-apa kebaikan dengan membuli orang lain. Kebanyakan pelaku ini, mereka pernah jadi mangsa (buli). Tapi janganlah pula mereka juga jadi pembuli. Masalah ini tak akan selesai,” katanya yang ditemui sempena pelancaran Kireina Wellness Centre di Shah Alam.

Pelakon filem Ratu Kala Jenking itu diminta mengulas tentang insiden bunuh diri membabitkan seorang pempengaruh yang tertekan akibat dibuli di media sosial.

Kata Nadia dia bersyukur meskipun terus berhadapan masalah buli siber, keadaan masih terkawal.

Bagaimanapun pelakon tinggi lampai ini tidak akan memberi ruang kepada pembuli yang keterlaluan sampai menimbulkan cerita palsu untuk menjatuhkan mangsa.

“Saya kena sentiasa positif dalam menangani masalah buli diber ini. Ada masa saya balas komen pembuli, ucapkan Alhamdulillah sebagai respons kepada kata-kata jelik mereka.

“Saya tak pernah melenting. Tetapi, kalau si pelaku sampai tahap membuat fitnah dan mengaibkan, atau membabitkan keluarga, saya akan bagi amaran.

“Tapi setakat ini belum ada komen-komen saya ke tahap begitu,” katanya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya