ALOR SETAR: Pas Kedah menyokong langkah kerajaan negeri untuk menggunakan jalan perundangan bagi mempertahankan keputusan menghentikan premis dan kedai perjudian di negeri itu sejak 1 Januari tahun lalu. Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Ahmad Yahaya berkata, pihaknya mengambil maklum mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Alor Setar yang membenarkan semakan kehakiman terhadap tindakan kerajaan negeri. Menurutnya, Pas Kedah kesal dengan tindakan syarikat perjudian yang hanya memikirkan keuntungan sendiri sehingga mengenepikan kesan ketagihan judi…










