Akaun Simpanan i-Nuri boleh dibuka secara atas talian BRICK

Akaun Simpanan i-Nuri boleh dibuka secara atas talian BRICK

PROSES pembukaan akaun kini boleh dilakukan lebih mudah dan pantas menerusi Bank Rakyat Quick (BRICK).
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bagi menggalakkan remaja dan kanak-kanak menabung, Bank Rakyat memperkenalkan pembukaan akaun secara atas talian menerusi platform Bank Rakyat Quick (BRICK).

Akaun Simpanan-i Nuri Kids bagi kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah manakala Akaun Simpanan-i Nuri Teens bagi remaja berusia 12 hingga 18 tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Rakyat, Datuk Dr. Mohammad Hanis Osman berkata, sebelum ini Akaun Simpanan-i Nuri hanya boleh dibuka oleh ibu bapa atau penjaga dengan mengunjungi cawangan bank. 

Bagaimanapun, menurut beliau, dengan ciri baharu yang diperkenalkan, proses pembukaan akaun boleh dilakukan lebih mudah dan pantas menerusi BRICK. 

“Menerusi pelbagai keistimewaan dan faedah baharu yang ditawarkan, Bank Rakyat berharap i-Nuri akan terus menjadi inspirasi dan motivasi kepada generasi muda untuk menyimpan dan merancang masa depan mereka dengan lebih baik,” kata beliau dengan memberitahu Bank Rakyat mensasarkan pembukaan akaun i-Nuri sebanyak 25,000 pada tahun ini. 

Kata  beliau, deposit pembukaan akaun i-Nuri bagi kedua-dua kategori hanya RM20 pelanggan boleh menikmati pelbagai faedah seperti kadar keuntungan menarik sehingga 2 peratus setahun, keahlian Kelab Nuri secara automatik,  menikmati pelbagai keistimewaan yang ditawarkan oleh rakan kolaborasi Kelab Nuri seperti tawaran diskaun, tiket kemasukan percuma dan harga istimewa bagi barangan terpilih.

Kelab Nuri kini mempunyai 39 rakan kolaborasi baharu seperti SplashMania @ Gamuda Cove, Pusat Tuisyen PTTI, Jumpstreet Malaysia, Selamatbercuti.com, Super Park dan Big Bounce Park serta banyak lagi untuk menawarkan lebih manfaat kepada ahli kelab.

Selain itu, Kad Debit-i Nuri dan Kad Keahlian Kelab Nuri juga berwajah baharu dengan reka bentuk yang menarik. 

“Kad Debit-i Nuri boleh digunakan sebagai kad keahlian Kelab Nuri dan hanya diberikan kepada pelanggan berusia 12 sehingga 18 tahun yang mana boleh digunakan di mana-mana mesin ATM Bank Rakyat atau ATM berlogo MEPS di seluruh negara,” ujarnya. 

Sementara itu, Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak berkata, beliau berharap  ibu bapa memanfaatkan peluang  ini dengan mendaftarkan Akaun Simpanan-i Nuri Kids atau Akaun Simpanan-i Nuri Teens untuk anak-anak mereka agar dapat menikmati pelbagai ciri baharu serta faedah yang ditawarkan.

Dalam masa yang sama, Bank Rakyat turut menyerahkan sijil penghargaan kepada rakan kolaborasi baharu Kelab Nuri seperti Gamuda Land Leisure Sdn. Bhd., PTTI Group Sdn. Bhd., Selamatbercuti.com, Jumpstreet Malaysia Sdn. Bhd. dan Sports Entertainment Asia bagi menghargai peluang kerjasama ini.

Menerusi kerjasama ini, ahli Kelab Nuri berpeluang untuk menikmati pelbagai tawaran menarik yang disediakan termasuk, diskaun 10% untuk yuran kemasukan di enam lokasi tarikan Gamuda Land Leisure serta kelas tuisyen dalam talian secara percuma oleh PTTI Group. 

Selain itu, diskaun dan tawaran menarik turut ditawarkan oleh Selamatbercuti.com., Jumpstreet Malaysia dan Sports Entertainment Asia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN