PETALING JAYA: Peranan Yang di-Pertuan Agong adalah untuk memayungi rakyat yang berbeza bangsa dan agama di samping menjadi Ketua Utama Negara seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Tokoh sejarah, Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, takrifan ‘payung negara’ itu tidak merujuk kaum atau bangsa tertentu sahaja sebaliknya merangkumi semua tanpa mengira latar belakang dan lapisan masyarakat. Katanya, ia bertepatan dengan punca kuasa Seri Paduka seperti dijelaskan dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan. “Frasa…