Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei

Agong iringi keberangkatan pulang Sultan Brunei

SERI Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengiringi keberangkatan pulang Seri Baginda Sultan Brunei.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengiringi keberangkatan pulang Seri Baginda Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah.

Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri Sultan Brunei ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini.

Terdahulu, Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan antara tetamu jemputan diraja dari luar negara bagi Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17, yang berlangsung semalam.

Hadir sama, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Acara-Acara Sempena Istiadat Pertabalan Agong Ke-17.

Terdahulu, Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim berangkat mengiringi keberangkatan pulang Raja Bahrain, Raja Hamad Isa Al-Khalifa.

Berangkat sama, Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor, Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN