KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat mengiringi keberangkatan pulang Seri Baginda Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah. Seri Paduka Baginda berkenan memandu sendiri Sultan Brunei ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini. Terdahulu, Paduka Seri Baginda Sultan Brunei dan isteri Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha merupakan antara tetamu jemputan diraja dari luar negara bagi Istiadat…