Abidin santuni pengundi selepas menang

Abidin santuni pengundi selepas menang

ABIDIN Ismail (tengah) menyantuni pengundi setempat selepas beroleh kemenangan besar sempena PRK DUN Sungai Bakap malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Bakal wakil rakyat baharu untuk penduduk Sungai Bakap, Abidin Ismail, 56, yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu semalam memilih untuk berarak dengan menggunakan lori bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi di situ.

Pada masa yang sama, Abidin turut menyantuni pengundi secara bersemuka sebagai simbolik bahawa dirinya sudah mula melakukan tugas sebagai wakil rakyat yang dipilih menerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) semalam.

Beliau yang mesra dengan panggilan Abang Abidin menyifatkan bahawa kemenangan semalam sebagai satu permulaan yang baik sempena Awal Muharam sekali gus akan meneruskan manifesto KERJA yang diumumkan sebelum ini.

Jelasnya, selain itu, hebahan secara bergerak menggunakan lori dibuat atas tanda terima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepadanya untuk mewakili PN.

“Alhamdulillah, hari ini kita buat hebahan secara bergerak menggunakan lori dan setakat ini, saya bersama (jentera parti) telah pergi ke Unit Daerah Mengundi (UDM) Kampung Besar dan UDM Sungai Kechil.

“InsyaAllah, kita akan pergi kesemua lapan UDM bagi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengundi yang memberi kepercayaan kepada PN hingga menang dengan majoriti yang besar.

“Awal Muharam permulaan yang baik dan kita mendapat kemenangan semalam. Ini juga permulan untuk legasi arwah abang Zam (bekas ADUN Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff). Insya-Allah kita akan teruskan dengan apa yang arwah nak buat (ketika hayatnya) dengan menambah baik apa yang perlu kita tambah,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Mengulas lanjut mengenai persiapan sebagai wakil rakyat ke persidangan DUN nanti, Abidin berkata, pihaknya belum dimaklumkan mengenai tarikh angkat sumpah tersebut setakat ini.

Bagaimanapun, beliau telah bersedia untuk menjadi pendesak yang kuat dalam DUN bagi memastikan keluhan rakyat sampai dan tindakan lanjut diambil bagi mengatasinya.

“Kita nak jadi pendesak yang kuat. Jika berlaku sesuatu isu, kita akan jadi perantara dengan pihak berkaitan termasuk memberikan cadangan apa yang sepatutnya dilakukan bagi menyelesaikan isu tersebut.

“Contohnya, masalah air kita akan mendesak Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk mengatasinya. Dakwaan PN tidak boleh buat apa kalau menang itu tidak relevan kerana tugas kita ialah untuk memastikan ada semak dan imbang dalam kerajaan negeri. Mereka sendiri pun pernah jadi pembangkang. Mesti faham konsep tersebut,” katanya.

Abidin, 56, menang dengan majoriti 4,267 undi semalam selepas memperoleh 14,489 undi, menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN