PBS yakin rampas semula kerusi Melalap

PBS yakin rampas semula kerusi Melalap

JULITA Majungki (depan-lima kiri) bersama pimpinan PBS Bahagian Melalap
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Parti Bersatu Sabah (PBS) yakin merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap yang merupakan kerusi tradisi parti itu menerusi kerjasama dalam Bersatu-Solidariti (Best).

Setiausaha Agung PBS, Datuk Julita Majungki berkata, melalui kerjasama Best antara PBS dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), kerusi DUN Melalap perlu dimenangi semula pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata, kemenangan itu penting agar Sabah boleh mencapai kestabilan politik yang lebih baik demi kesinambungan pentadbiran negeri yang mampan.

“Saya yakin kerusi ini boleh dimenangi menerusi kerjasama baik dalam Best dan rakan-rakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mampu menarik pengundi di kawasan pedalaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kewangan berkata, pada masa ini kerusi DUN lain di bawah Parlimen Tenom iaitu Kemabong diwakili oleh Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat).

Menurutnya, pemilihan calon akan dibincang selepas proses rundingan selesai.

Julita berkata, PBS mempunyai di 76 cawangan aktif daripada keseluruhan 99 kampung dalam DUN Melalap dan beberapa cawangan baharu akan dibuka berikutan kemasukan ramai ahli baharu ke dalam parti berkenaan.

Pada Sabtu, PBS Bahagian Melalap menerima sebanyak 1,135 permohonan keahlian termasuk pembukaan sebanyak sembilan (9) cawangan baharu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN