9 termasuk remaja bawah umur diupah RM3,500 jadi scammer

Sembilan termasuk remaja bawah umur diupah RM3,500 jadi scammer

MOHAMED Ramli Yoosuf pada sidang akhbar di Menara KPJ, Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sembilan termasuk empat remaja bawah umur ditahan polis pada Isnin lalu selepas menjadi operator pusat panggilan penipuan pekerjaan dengan bayaran upah RM3,500 sebulan.

Penahanan kesemua suspek berusia 14 hingga 40 tahun itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) di sebuah kediaman yang dijadikan sebagai pusat panggilan (calling centre).

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, serbuan ini bertindak merampas 18 telefon bimbit, empat komputer riba, lima set komputer selain beberapa barang lain.

Kata beliau, siasatan mendapati empat remaja termasuk dua perempuan terbabit sudah tidak bersekolah dan dipercayai dibayar gaji RM3,500 sebulan bagi mencari dan menjerat mangsa di China.

“Dua remaja terbabit berusia 14 tahun dan dua lagi berusia 16 tahun,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.

Tambah Ramli, sindiket ini disyaki memulakan operasi sekitar Januari lalu dengan mengendalikan platform LEHUIGOUA yang digunakan sebagai laman web menyerupai platform e-dagang.

Beliau berkata, sindiket terbabit menjanjikan pulangan komisen yang lumayan kepada mangsa dan mendakwa bekerjasama dengan syarikat e-dagang bagi menjerat sasaran mereka.

“Mangsa yang berminat akan dimasukkan ke dalam kumpulan sembang di Telegram di mana segala arahan akan diberikan di situ selain menjanjikan komisen dari 0.3 peratus hingga 0.6 peratus.

“Siasatan kita juga mendapati sindiket mempunyai akses terhadap akaun mangsa di platform berkenaan yang membolehkan sindiket mengubah data seperti maklumat kredit dan keuntungan,” jelasnya.

Ramli berkata, lima daripada suspek sedang direman sehingga Jumaat manakala empat yang lain dibebaskan dengan jaminan polis.

“Kes  itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×