GEORGE TOWN : Seramai 84 gelandangan yang sebelum ini menghuni Pusat Transit Gelandangan Pulau Pinang di sini telah memperoleh pekerjaan yang sesuai bagi mengubah taraf kehidupan mereka. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Lim Siew Khim, mereka yang memperoleh pekerjaan itu berusia antara 30 hingga 50 tahun. Katanya, dengan adanya pekerjaan tersebut, mereka dapat kembali ke dalam sistem masyarakat semula. “Sejak September tahun lalu,…