KUALA TERENGGANU: Terengganu merekodkan kedatangan sebanyak 5.2 juta pelancong tempatan dan antarabangsa dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini sekali gus mencapai sasaran awal yang ditetapkan iaitu 4.5 juta orang. Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Terengganu, Datuk Razali Idris berkata, kejayaan itu adalah hasil perancangan rapi dalam mempromosikan industri pelancongan di negeri ini. Katanya, antara acara pelancongan berskala besar yang mendapat sambutan memberangsangkan ialah Terengganu International…