KOTA BHARU: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mendedahkan kira-kira 24.8 peratus daripada 13,490 penuntutnya mempunyai syarikat semasa mengikuti pengajian. Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Razli Che Razak berkata, pencapaian tersebut membolehkan UMK muncul sebagai universiti berteraskan keusahawanan terbaik di negara ini. “Kita juga berjaya melahirkan sebanyak 15.4 peratus graduan usahawan dan tahun lepas merupakan pencapaian kita paling tinggi. UMK juga telah melepasi syarat-syarat minimum untuk menghasilkan syarikat-syarikat pelajar. “Buat masa ini…