Ronaldo ledak dua gol bantu Portugal belasah Uzbekistan 5-0

Ronaldo ledak dua gol bantu Portugal belasah Uzbekistan 5-0

CRISTIANO Ronaldo membuktikan dirinya masih memiliki penyudah tajam apabila meledak dua gol ketika Portugal menewaskan Uzbekistan 5-0, sebentar tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HOUSTON: Portugal berpesta gol membelasah Uzbekistan 5-0 dalam aksi kedua Kumpulan K di Stadium Houston, sebentar tadi.

Dalam aksi itu Cristiano Ronaldo meledak dua gol untuk melakar sejarah pemain pertama meledak gol dalam enam edisi Piala Dunia.

Pesta gol anak buah Roberto Martinez bermula pada minit keenam menerusi rembatan deras Ronaldo, sekali gus mengakhiri kritikan terhadapnya.

Gol berkenaan ternyata membangkitkan semangat Portugal untuk memburu gol dan pada minit ke-17, Nuno Mendez berjaya menggandakan kedudukan menerusi sepakan percuma menarik.

Sebelum separuh masa pertama berakhir, Ronaldo meledak gol kedua apabila menyudahkan umpanan menarik Bruno Fernandes.

Bersambung babak kedua, Uzbekistan cuba memperbaiki rentak permainan, namun disiplin kemas barisan pertahanan Portugal menjadi halangan.

Pada minit ke-60, malang berganda buat Uzbekistan apabila Abdukodir Khusanov tertolak bola ke gawang sendiri selepas keadaan kucar kacir dalam kotak penalti.

Pemain gantian Rafael Leao melengkapkan kemenangan besar Portugal pada minit ke-87 menerusi rembatan deras menewaskan Abduvohid Nematov buat kali kelima.

Pada minit terakhir masa tambahan, Ronaldo berpeluang untuk melakar hatrik, namun percubaannya sedikit tersasar di kanan pintu gol Uzbekistan.

Kemenangan itu meletakkan Portugal di landasan kukuh untuk mara ke pusingan 32 terbaik daripada Kumpulan K dan selepas ini, Portugal akan berdepan Colombia dalam aksi terakhir, manakala Uzbekistan akan berdepan DR Congo.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN