KUALA LUMPUR: Impian penyanyi dan penulis lirik, Yuka Kharisma untuk berkolaborasi dengan penyanyi pujaannya, Farah Idayu bakal direalisasikan menerusi sebuah single yang akan diterbitkan penghujung tahun ini. Kata penyanyi berusia 36 tahun itu, kolaborasi berkenaan dianggapnya sebagai kerjasama istimewa sementelah dia juga cukup mengagumi kebolehan bekas peserta Akademi Fantasia berkenaan. “Single itu ditulis oleh saya manakala muziknya dihasilkan suami saya, Ahmad Jeffny Kamar. “Idayu miliki bakat luar biasa. Saya adalah…










