KUALA TERENGGANU : Yayasan Pendidikan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (YPM) menyediakan peruntukan sebanyak RM74.8 juta untuk melaksanakan semua aktiviti berkaitan pendidikan sepanjang tahun ini. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Norhana Yaakub berkata, jumlah itu terus meningkat berbanding peruntukan sebanyak RM62.9 juta yang telah disalurkan tahun lalu. Menurutnya, terdapat 12 program pembiayaan yang dilaksanakan YPM untuk membantu semua pelajar mengikut keperluan mereka melanjutkan pelajaran di dalam dan luar negara. Katanya,…