JASIN: Seorang lelaki warga emas dipercayai mengalami kemurungan ditemukan lemas di Tasik Biru Chin Chin di sini, malam tadi. Mangsa, Jamaludin Abdul Hamid, 68, dari Kampung Chenderah di sini ditemukan terapung kira-kira pukul 9.18 malam. Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Kanan II Muhammad Izwan Arief Mat Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 7 malam. “Mangsa dipercayai kemurungan keluar rumah pada pukul…










