BUTEMBO 6 April- Angka kematian ekoran wabak Ebola di sini meningkat kepada lebih 700 selepas 100 kes terbaru dilaporkan bagi tempoh tiga minggu lalu. Perkembangan itu disahkan Kementerian Kesihatan Congo, hari ini. Dalam pada itu, kira-kira 95,000 penduduk menerima suntikan vaksin Rvsv-Zebov buat pertama kali bagi mengelakkan jangkitan menjadi lebih buruk.-AFP










