Turkiye bantu bangunkan industri pertahanan Malaysia

Turkiye bantu bangunkan industri pertahanan Malaysia

Mohamed Khaled (tengah) berjabat tangan dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Turkish Aerospace Industries, Prof. Dr. Temel Kotil (kiri) pada lawatan industri ke syarikat pertahanan itu hari ini. - Foto oleh FAUZI BAHARUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA (Turkiye): Hubungan bidang pertahanan antara Malaysia dan Turkiye terus diperkukuh menerusi ketersediaan republik itu terus membantu membangunkan industri pertahanan negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, Turkiye serius untuk menjalinkan kerjasama rapat bersama Malaysia di mana negara itu pernah melalui situasi tersekat dari aspek keperluan bekalan ketenteraan.

“Jadi, dia tidak mahu perkara itu berlaku terutamanya kepada negara rakan seperti Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja rasmi ke Turkish Aerospace Industries di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai Turkish Aerospace, Mohamed Khaled berkata, syarikat itu telah membuka pejabat di Malaysia dan membangunkan industri aeroangkasa negara melalui perolehan pesawat tanpa pemandu Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE UAS) ‘ANKA’.

“Mereka telah mengambil lepasan universiti dalam bidang elektronik dan kejuruteraan teknologi maklumat untuk melakukan pelbagai kerja yang merupakan komponen dibekalkan kepada pelbagai syarikat.

“Jadi, banyak komponen datang dari Malayzia dan mereka juga beri fokus supaya mengambil manfaat kekuatan pelajar Malaysia menerusi beberapa bidang seperti aeroangkasa,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×