MELAKA: Pengurusan Zoo Melaka perlu menyediakan lebih banyak tram sempena program Melaka Bila Larut Malam pada bulan depan bagi mengelak pengunjung menunggu terlalu lama. Tinjauan Utusan Malaysia kira-kira pukul 11.20 malam Sabtu lalu mendapati, berlaku kesesakan melampau di stesen mengambil penumpang yang turut melibatkan kanak-kanak, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) sehingga terpaksa beratur sejauh 500 meter. Malah berlaku situasi tegang antara petugas dengan pengunjung yang bertindak memotong barisan,…










