Tiga maut, seorang parah, terbabas langgar tiang elektrik

Tiga maut, seorang parah, kereta dinaiki terbabas langgar tiang elektrik

PASUKAN Bomba dan Penyelamat melakukan kerja-kerja mengeluarkan mangsa kemalangan di Jalan Renggam ke Simpang Renggam malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Tiga orang maut manakala seorang parah selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar tiang elektrik dalam kejadian di Jalan Renggam ke Simpang Renggam, malam tadi.

Komander operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Renggam, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shoromi Salih berkata, kejadian kira-kira pukul 11.45 malam tadi melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang dinaiki oleh empat orang lelaki berusia 21 tahun.

Katanya, bertindak atas maklumat, seramai 14 orang anggota Pasukan Bomba dan Penyelamat Renggam dan Kluang bersama 2 jentera FRT, kenderaan Unit EMRS serta sebuah motosikal Unit RIM dikejarkan ke tempat kejadian.

“Sebaik sampai di lokasi, pasukan bomba dan penyelamat mendapati semua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing sebelum kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Shoromi lagi, semua mangsa berjaya dikeluarkan namun tiga daripadanya disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) manakala seorang cedera parah.

Ujarnya, mangsa yang cedera parah diserahkan kepada pasukan perubatan KKM manakala manga maut dirujuk kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.13 pagi tadi setelah kerja-kerja pengoperasian selesai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN