Tidak terfikir rujuk semula - Adira - Utusan Malaysia

Tidak terfikir rujuk semula – Adira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Buat masa sekarang ini, kami memang tak terfikir untuk merujuk semula.”

Demikian jawapan penyanyi dan pelakon terkenal, Adira selepas segelintir warganet mengharapkan agar dia dan bekas suaminya, Datuk Red kembali bersatu terutama selepas hubungan mereka dilihat semakin baik.

Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, 33, berkata, mereka berdua sudah menerima kenyataan terhadap apa yang sudah berlaku dan tidak lihat sinar untuk kembali bergelar suami isteri.

“Kami berdua pun dah move on. Kalau kami tak move on lagi, tak adalah kami akan berborak dan bergurau macam ini,” jelasnya.

Tambah Adira, dirinya lebih selesa jika mereka hanya menjalinkan hubungan sebagai sahabat dan dia lebih memilih memberi perhatian kehidupan sendiri.

“Bagi saya, mungkin Datuk Red boleh fokus dalam menyelesaikan masalahnya dan saya pula fokus untuk membesarkan anak,” ujarnya.

Dalam pada itu, Adira memberitahu kehadiran Datuk ke rumahnya sewaktu tempoh edah itu bukanlah sesuatu yang salah kerana bekas suaminya itu juga ingin melihat anaknya.

“Dalam tempoh edah memang boleh dia datang rumah tapi kalau dia datang selepas tempoh edah, itu dah pelik.

“Tetapi, waktu edah macam ini tak pelik pun kalau dia nak datang rumah ke apa,” jelasnya.

23 April lalu, Datuk Red dan Adira yang merupakan isteri kedua disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor.

Selepas 21 hari penceraian itu, Datuk Red kemudiannya bercerai bersama isteri pertamanya iaitu Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN