IPOH: Seorang suri rumah yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh anak angkat berusia lima tahun minggu lalu, hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh di sini. Tertuduh, Wan Fatimah Zahra Wan Abdullah, 27, didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Iman Adelia Yusullah, 5, di sebuah rumah di Taman Kledang Raya 23, Taman Malcop di sini antara 5 hingga 10 Jun 2024. Tertuduh mengangguk tanda faham selepas pertuduhan…