KUALA TERENGGANU: Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha bersama lebih 1,500 jemaah di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, di sini, hari ini. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dan Yang Di-Pertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Zainal Abidin. Keberangkatan tiba Sultan Mizan disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Seri Bijaya Raja, Datuk Seri Tengku Farok…