PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan dakwaan bahawa Malaysia melantik guru Bahasa Inggeris dari Singapura untuk mengajar di negara ini. Perdana Menteri menjelaskan, sebaliknya cadangan itu adalah memohon jika negara itu mempunyai skim bantuan sukarela untuk siswazah Singapura dihantar ke kawasan miskin bandar, pedalaman dan Sabah serta Sarawak. “Saya beritahu boleh tak kalau ada skim dari Singapura seperti mana skim bantuan atau dari segi diplomasi antara negara untuk mereka membantu.…










