PUTRAJAYA: Satu sindiket penyeludupan terbesar di Pelabuhan Klang berjaya dibongkar melalui satu operasi khas di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur melibatkan anggaran ketirisan cukai sebanyak RM3.5 billion. Dalam Operasi melibatkan gabungan pasukan Risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) itu menahan sebanyak 19 buah lori kontena yang disyaki membawa barangan lari cukai pelbagai jenis yang diseludup keluar tanpa melalui pemeriksaan.…











