KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak saman guru tadika, M. Indira Gandhi terhadap Ketua Polis Negara (KPN) dan tiga lagi yang didakwa gagal melaksanakan perintah mahkamah untuk mendapatkan semula anak perempuannya yang dilarikan bekas suaminya. Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan memutuskan demikian selepas mendapati KPN dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan segala usaha untuk menjejak bekas suami wanita itu, K. Patmanathan atau…