KOTA KINABALU: “Jaga mulut dan lisan apabila berbicara.” Itu pesanan Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Mohd. Arifin Mohd. Arif kepada pemimpin Parti Warisan (Warisan) yang menyamakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dengan firaun. Beliau berkata, sekiranya ingin menjadi pemimpin yang mencontohi kepimpinan Nabi Musa maka, yang pertama harus menjaga mulut dan lisan. Katanya, seorang pemimpin hendaklah bijaksana dan berhikmah serta penuh dengan nilai kasih sayang. “Apabila kita…










