TELEFON bimbit di meja berdering. Saya capai dan lihat nama pemanggil yang tertera di skrin. Abang Zul rupanya. Lantas saya angkat dan tekapkan di telinga. “Assalamualaikum Nuek,” kedengaran suara di hujung talian. “Waalaikumsalam bang,” jawab saya tenang. Dalam hati tertanya juga kerana jarang benar bekas Pengarang Majalah Mastika, Zulkarnain Zakaria ini menelefon saya di waktu malam. Biasanya, kalau hendak dengar dia berceloteh atau bertanya sesuatu pasti di waktu siang. “Eh,…










