PRK Sungai Bakap: Saifuddin optimis Joohari bakal cipta sejarah

PRK Sungai Bakap: Saifuddin optimis Joohari bakal cipta sejarah

SAIFUDDIN Nasution Ismail (kanan) dan Joohari Ariffin (dua dari kiri) selepas selesai proses penamaan calon sempena PRK bagi kerusi DUN Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang.-UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail optimis calon Pakatan Harapan (PH) Dr. Joohari Ariffin, 60, berpeluang diangkat menjadi wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, 6 Julai ini sekali gus mencipta sejarah buat Kerajaan Perpaduan.

Menurut Saifuddin, PRK DUN Sungai Bakap berbeza dengan beberapa PRK lain sebelum ini kerana dalam pilihan raya tersebut, semua parti yang menyandang kerusi berjaya mengekalkan kemenangan masing-masing apabila bertanding.

“Kerusi Sungai Bakap sebelum itu adalah milik PH sebelum ia beralih kepada Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu.

“Jadi, PRK (Sungai Bakap) kali ini memang kita nak menang dan kukuhkan kerajaan di Pulau Pinang.

“Berbeza dengan PRK Simpang Pulai semasa (Datuk Seri Salahuddin Ayub) meninggal dunia dan kita berjaya kekalkan (kemenangan) yang ia tidak ada kejutan,” katanya kepada pemberita Ketika ditemui selepas proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Jawi, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, sehubungan itu, pengundi-pengundi di Sungai Bakap diminta untuk membuat penilaian dengan baik kerana situasi tersebut berbeza apabila Pulau Pinang kini berada bersama-sama Kerajaan Perpaduan.

“Semasa itu (PRN enam negeri) membayangkan kerajaan pusat jatuh dan bukan sedikit yang terpesona (dengan bayangan itu) namun keputusan 3-3 membuktikan kerajaan perpaduan kekal kompak dan berfungsi dengan baik.

“Jadi sekarang ‘clarity’ (jelas) sudah wujud dan jauh berbeza (dengan keadaan dulu). Walaupun kami ambil sikap optimistik tetapi kami kena ‘reach out’ dan mampu buat itu dengan kehadiran jentera parti kerajaan perpaduan,” katanya.

PRK Sungai Bakap menyaksikan pertembungan ‘satu lawan satu’ antara calon PH iaitu Joohari dan PN yang diwakili oleh bekas eksekutif logistik yang juga Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal, Abidin Ismail, 56.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN