KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan akan meletakkan calon Pas yang mewakili gabungan itu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai depan. Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pihaknya akan mengumumkan calon untuk PRK itu Sabtu ini. “Penyandang yang meninggal dunia ialah ADUN Pas jadi kita akan kekalkan begitu. Kerusi itu adalah kerusi Pas,” katanya dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat PN di…










