PRK Sungai Bakap: Pas terima  senarai nama calon

PRK Sungai Bakap: Pas terima  senarai nama calon

TUAN Ibrahim Tuan Man (kanan) bersama Pesuruhjaya Pas Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan (kiri) selepas majlis perasmian serentak Muktamar Dewan-Dewan Pas negeri Sabah, di Papar hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PAPAR: Pas  menerima beberapa senarai nama calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang dalam mesyuarat semalam.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, semasa mesyuarat peringkat parti semalam, pimpinan parti  menerima beberapa  nama calon namun, belum ada keputusan kerana perkara itu akan dibincangkan dalam Majlis Syura Ulama Pas.

Menurut beliau, kebiasaannya kawasan yang terlibat akan menghantar dua hingga tiga nama untuk diteliti di peringkat parti dan kemudian senarai nama itu akan dikemukakan kepada Majlis Syura.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya Majlis Syura menyatakan ketiga-tiga nama calon layak maka, parti akan buat keputusan antara tiga nama itu mana yang terbaik.

“Setakat ini kita dah buat keputusan, Insya-Allah pengumuman calon akan dibuat pada 16 Jun kerana penamaan calon pada 22 Jun,” katanya selepas majlis perasmian serentak Muktamar Dewan-Dewan Pas negeri Sabah, di sini hari ini.

Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, pelancaran jentera parti akan dibuat dalam masa terdekat. Namun, jentera-jentera Pas dan Perikatan Nasional (PN) telah turun ke kawasan.

Jelas beliau, berdasarkan rekod pencapaian penyandangnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungkai Bakap, Allaryarham Nor Zamri Latiff memang seorang yang gigih bekerja biarpun uzur tetapi  pusat khidmat ADUN beliau tetap beroperasi seperti biasa.

Dalam pada itu, Tuan Ibrahim menepis dakwaan bahawa jentera Pas tidak membantu calon PN berkempen semasa PRK Kuala Kubu Baharu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini