KOTA BHARU: Individu yang dipilih sebagai calon untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 6 Julai ini perlu melepasi tapisan Majlis Syura Ulama. Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, tindakan itu bagi memastikan calon tersebut mempunyai akhlak yang baik. Menurutnya, selepas selesai tapisan itu nama tersebut akan diserahkan kepada Pas Pusat untuk tapisan kedua dari sudut politik termasuk aspek calon…










