KUALA LUMPUR : Polis mengesahkan telah menerima laporan mengenai seorang wanita dicabul dalam kejadian di sebuah pasar raya di Selayang dekat sini pada Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di sebuah premis di Selayang. “Siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Kejadian itu…










