PM arahkan polis siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn rayyan

PM arahkan polis siasat rapi kes Faisal Halim, Zayn rayyan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pasukan polis melakukan siasatan rapi ke atas kes melibatkan pemain Harimau Malaya, Faisal Halim dan kes pembunuhan membabitkan kanak-kanak autism, Zayn Rayyan.

Perdana Menteri berkata, beliau faham keresahan rakyat berhubung kezaliman yang dilakukan tetapi siasatan kes perlu dilakukan melalui proses yang betul tanpa mengikut persepsi atau tafsiran hukum sendiri.

“Sekarang riuh rendah kes penderaan pemain bola sepak, kes pembunuhan seorang kanak-kanak OKU. Kita prihatin, saya kebetulan Perdana Menteri tetapi saya juga manusia. Saya juga nak tahu mengapa lah sampai jadi begini, siapa yang sampai hati boleh dera dan bunuh dengan kejam seorang anak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau saya, saya hendak polis jawab esok, tetapi proses kena lalui. Kita tidak peduli siapa tetapi saya faham rakyat juga rasa resah.

“Tetapi apa yang saya boleh buat dengan Menteri Dalam Negeri iaitu mengarahkan menyegerakan siasatan rapi. Jangan persepsi, hanya fikir mungkin orang ini salah, ikut tafsiran hukum. Ini tidak boleh (berlaku),” katanya ketika berucap dalam Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, dalam merungkai kes berkenaan, beliau pernah memanggil Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain supaya menyegerakan siasatan dengan rapi tanpa sebarang campur tangan.

“Sekarang ini dalam TikTok, semua jadi hakim. Serang menghukum terus, kata kita melindungi, apa yang melindungi?

“Saya pernah panggil Ketua Polis Negara ke pejabat, saya minta disegerakan, kemudian semalam saya panggil Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, saya tidak boleh campur dengan kata cari jalan hukum orang ini.

“Tetapi Saya kata cari jalan siasat dengan rapi. Itu yang saya kata,” katanya.

Semalam, Faisal Halim muncul kali pertama di khalayak mahu individu yang menyimbah asid sulfurik pekat ke badannya diheret ke muka pengadilan secepat mungkin.

Pada masa sama, kes pembenuhun Zayn Rayyan menjadi tumpuan ramai yang ditemukan mati di Damansara Damai, Selangor Disember tahun lalu.

Semalam, Ibu dan bapa Zayn Rayyan didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mengabaikan kanak-kanak berkenaan dengan cara kemungkinan menyebabkan kecederaan fizikal terhadapnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini