BALIK PULAU: Draf pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bagi mengatasi isu pendaftaran doktor perubatan dengan kelayakan kepakaran daripada program laluan selari (parallel pathway) sedang disemak oleh Jabatan Peguam Negara. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, sesi libat urus juga akan diadakan dengan pihak berkepentingan termasuk Majlis Perubatan Malaysia (MMC), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). “Dalam mesyuarat Kabinet baru-baru ini, Menteri Pendidikan Tinggi (Datuk…