RANTAU PANJANG: Penyasaran subsidi diesel bermula kelmarin membuatkan penyeludup bahan bakar itu berehat daripada melakukan aktiviti penyelewengan ke negara jiran. Bercakap kepada Utusan Malaysia, seorang penyeludup yang mahu dikenali sebagai Mad, 42, berkata, langkah itu menyaksikan permintaan terhadap bahan bakar yang diseludup tersebut menurun. Menurutnya, hal ini kerana diesel seludup hampir setara dengan harga yang dijual di negara jiran. “Buat masa ini tauke-tauke minyak ‘pening’ kepala memikir perkara tersebut. Sebelum…










