Harga runcit diesel di Semenanjung naik tujuh sen

Harga runcit diesel di Semenanjung naik tujuh sen

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia naik sebanyak tujuh sen kepada RM3.02 seliter bagi tempoh 6 hingga 12 November ini selaras dengan peningkatan harga minyak mentah dunia.

Kementerian Kewangan memaklumkan, penetapan harga mingguan itu dibuat menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM) di mana harga runcit petrol dan diesel dikemas kini bagi tempoh sama. 

“Kerajaan akan terus meneliti dan menyelaras harga runcit diesel berdasarkan perkembangan semasa pasaran minyak dunia, namun keutamaan tetap diberikan kepada kestabilan harga demi kebajikan rakyat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Harga runcit petrol RON97 kekal pada RM3.20 seliter, manakala RON95 tanpa subsidi juga kekal pada RM2.60 seliter. 

Bagi RON95 bersubsidi di bawah program BUDI Madani RON95 (BUDI95), harga diteruskan pada RM1.99 seliter. 

Untuk diesel, harga di Semenanjung dinaikkan sebanyak tujuh sen kepada RM3.02 seliter, manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter.

“Kerajaan komited memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan meskipun berdepan ketidaktentuan pasaran global,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×