SEPANG: Mahkamah menetapkan pengurusan kes Hafizul Hawari yang terlibat dalam insiden melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 adalah pada 25 Julai ini. Majistret Muhammad Bukhori Md. Ruslan menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Nurul Farahin Sasaruddin memaklumkan beberapa dokumen berkaitan kes masih belum lengkap. Mendengar perkara itu, peguam Nik Azim Azlan yang mewakili Hafizul kemudian memohon mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi…










