KOTA BHARU: Seorang pembantu penguasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 90 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM84,800 untuk tidak memeriksa lori barangan sebuah syarikat dari kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dalam tempoh enam tahun. Tertuduh, Ahmad Emin Nazrul Ahmad Nazrin,41, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan yang dibacakan selama sejam oleh jurubahasa di hadapan Hakim Dazuki Ali. Mengikut…