Pelukis tatu didakwa meliwat pelanggan lelaki ditahan 

Pelukis tatu didakwa meliwat pelanggan lelaki ditahan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang pelukis tatu ditahan selepas didakwa meliwat pelanggan lelakinya  di sebuah premis di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penahanan suspek berusia 36 tahun itu dilakukan malam tadi.

“Ya, suspek telah ditahan malam tadi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki tidak menyangka niatnya untuk melukis tatu bunga di tangan bertukar episod malang apabila dia menjadi mangsa liwat pelukis tatu di sebuah premis, di sini, semalam. 

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, mangsa berusia 24 tahun pergi ke kedai terbabit untuk melukis tatu.

Mangsa pada mulanya  ingin mendapatkan perkhidmatan membuat tatu dan semasa suspek mula melukis bunga di tangan kanan mangsa, suspek  menyapu minyak menyebabkan mangsa mendakwa dia kemudian tidak sedar apa yang terjadi.

Menurutnya, selepas mangsa tersedar dia dapati dirinya dalam keadaan tidak berpakaian. 

Mangsa kemudian terus keluar dari premis dan berasa amat sakit di bahagian dubur serta mengesyaki lelaki itu meliwatnya.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis sebelum menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan kes disiasat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN