Pelakon drama Kingdom selamatkan mangsa pecah rumah - Utusan Malaysia

Pelakon drama Kingdom selamatkan mangsa pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Pelakon drama Kingdom, Jonathan Tucker berdepan detik cemas apabila cuba menyelamatkan seorang wanita dan tiga anaknya dalam insiden pecah rumah, baru-baru ini.

Lapor Entertainment Tonight, jurucakap polis Los Angeles memaklumkan ketika kejadian, seorang lelaki memecah masuk kediaman berlokasi di Hancock Park, dekat sini.

Tucker beberapa minit kemudian dirakam meluru masuk ke kediaman berkenaan, dalam keadaan berkaki ayam selepas mendengar jeritan wanita tersebut.

Tidak lama selepas itu, Tucker berjaya membawa keluar mangsa menerusi pintu belakang rumah terbabit.

Polis berjaya memberkas penjenayah terbabit yang kini ditahan untuk disiasat.

Tucker dalam pada itu menolak secara baik permintaan media tempatan untuk mewawancaranya berkenaan insiden tersebut.

“Hubungi pihak polis jika anda perlu kenyataan kerana merekalah hero sebenar. Mereka telah mempertaruhkan nyawa setiap hari untuk kejadian seperti ini,” katanya.

Pelakon berusia 42 tahun itu terkenal menerusi filem The Virgin Suicides, The Texas Chainsaw dan banyak lagi.

Beliau merupakan suami kepada penerbit filem, Tara Tucker dan bapa kepada tiga cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×