Pelajar maut jatuh bangunan sekolah: KPM jalan siasatan dalaman

Pelajar maut jatuh bangunan sekolah: KPM jalan siasatan dalaman

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Kementerian Pendidikan (KPM) kini sedang menjalankan satu siasatan dalaman berhubung kes seorang pelajar lelaki yang maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah sekolah di Kajang, Selangor, kelmarin.

Menterinya, Fadhlina Sidek bagaimanapun menegaskan, siasatan dalaman itu sekadar bertujuan membantu menyalurkan maklumat bagi melengkapkan siasatan penuh oleh pihak berkuasa.

Kata Fadhlina, pihaknya tidak akan sesekali berkompromi soal keselamatan murid di peringkat sekolah selain sentiasa mengingatkan institusi pendidikan untuk meningkatkan tahap keselamatan dari semasa ke semasa.

“Pertama sekali, saya rakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakan-rakan serta (pihak) sekolah dan kita memberi sokongan psikologi sosial kepada mereka.

“Saya fikir, ini tak mudah untuk semua pihak kerana kejadian ini berlaku di sekolah dan pada masa yang sama, kita telah pun ambil tindakan intervensi penting pasca kejadian ini,”katanya kepada pemberita, hari ini.

Mengulas lanjut, Fadhlina memberitahu, insiden yang berlaku itu sangat mendukacitakan dan pihak kementerian juga benar-benar terkesan dengan kejadian terbabit.

“Oleh itu, kita akan tingkatkan usaha dalam isu yang terkait rapat dengan gejala buli.

“Pada yang sama, kita juga nak tingkatkan usaha dalam mengatasi isu terkait rapat dengan gejala buli di semua peringkat khususnya dengan garis panduan serta peraturan-peraturan yang telah kita tetapkan,” katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa pelajar tersebut parah selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan sekolah terbabit.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, remaja lelaki berusia 13 tahun itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kajang, kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN