SEREMBAN: Penduduk sekitar Taman Gadong Jaya, Labu di sini meminta pihak berwajib memasang semula lampu isyarat di kawasan simpang empat di situ bagi mengelak kemalangan jalan raya. Pemasangan lampu isyarat itu juga bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin memandangkan kemalangan sering berlaku di persimpangan empat tersebut termasuklah kemalangan maut. Seorang penduduk, Mohd. Noor Fazil, 63, berkata, pemasangannya di situ boleh disifatkan sebagai keperluan mendesak penduduk terutama apabila kawasan sekitar semakin pesat…










