Pas optimis mampu kekalkan kerusi Sungai Bakap

Pas optimis mampu kekalkan kerusi Sungai Bakap

TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pas yakin kekal menjadi pilihan penduduk Sungai Bakap pada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan datang berdasarkan pada keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Timbalan Presidennya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, fokus Pas kini untuk kekalkan kerusi di Sungai Bakap dan mahu teruskan momentum kemenangan.

“Kerusi ini penting kerana ini kali pertama Pas menang di Sungai Bakap dan sudah tentu kita mengharapkan penduduk di sini terus percaya kepada kita,” katanya.

Menurutnya, Pas Pulau Pi­nang akan mencadangkan dua ke tiga nama calon untuk dipertan­dingkan namun setakat ini di peringkat pusat belum menerima senarai nama.

Pada PRU-15 lalu, Pas yang meletakkan Nor Zamri Latiff sebagai calon memperoleh kemenangan mudah dengan majoriti 1,563 undi selepas mendapat undian 15,433 mengalahkan calon Pakatan Harapan (PH) daripada PKR iaitu Nurhidayah Che Rose.

Pada 24 Mei lalu, Nor Zamri me­ninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hos­pital Seberang Jaya kerana mengalami komplikasi di bahagian perut.

Sementara itu, penganalisis politik yang juga pensyarah Universiti Kebangsaan Malay­sia (UKM), Prof. Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, PH kemungkinan mendapat jalan yang sukar ekoran beberapa siri ketidakpuasan hati rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

“Namun itu juga tidak menjadikan Pas terlalu selesa kerana masyarakat kini sudah pandai memilih calon. Calon yang berwibawa dan berkredibiliti sudah tentu menjadi pilihan pengundi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×