PAPAR: Enjin bot yang rosak sejak berbulan lamanya memaksa Norezam Yahya, 43, menggunakan dayung untuk menggerakkannya bagi menangkap ikan di sungai di belakang rumahnya di Kampung Kuala, dekat ini. Nelayan tradisional itu berkata, dia menggagahkan diri untuk turun menangkap ikan kerana ia adalah sumber rezekinya bagi menampung perbelanjaan keluarga. Katanya, walaupun hasil tangkapan tidak menentu, ia memadai untuk memastikan ada hidangan yang boleh dijamu di atas meja keluarganya. “Pendapatan kami…










