ROMPIN: Demi menuntut ilmu, seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Aur, Bukit Ibam di sini memberanikan dirinya mendayung sampan setiap hari seawal pukul 6 pagi. Ia rutin harian ditempuh kanak-kanak berkenaan bagi menyeberang Sungai Aur untuk ke sekolah yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumahnya. Situasi itu berikutan jambatan gantung yang menghubungkan Kampung Aur dengan Kampung Aur Seberang musnah dalam kejadian banjir pada 3 Mac tahun lalu. Muhammad…










